Kenapa Harus BERBEKAM?

Bekam merupakan salah satu cara pengobatan yang di sarankan atau di anjurkan oleh RASULULLAH dalam sabdanya :

“Kesembuhan itu terdapat dalam 3 hal, yakni minum madu, sayatan alat bekam, dan kay dengan api. Sesungguhnya aku melarang umatku dari kay”, (Shohihul Bukhori dalam juz 1 hal.5680)

Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam besabda :

الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ

“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berobat) dengan kay.” (HR Bukhari)

Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam bersabda :

إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ

“Sesungguhnya metode pengobatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection).” (HR Bukhari – Muslim)

Jumpa Lagi Insyaallah – Haji Saat Jais

 

Advertisements

Jenis-Jenis Bekam

BEKAM KERING (DRY CUPPING)

Bekam kering juga disebut sebagai bekam angin, metod atau cara bekam ini adalah menyedut permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah dari dalamnya. Bekam ini biasa digunakan untuk mengatasi rasa nyeri yang disebabkan oleh reumatik dan rasa nyeri yang terjadi di bahagian belakang badan. Bekam jenis ini akan meninggalkan bekas bekam berupa lebam warna merah kehitam-hitaman pada tempat yang dibekam dan akan hilang beberapa hari kemudian.

BEKAM BASAH (WET CUPPING)

Bekam basah adalah sebuah metod bekam yang dilakukan dengan melakukan bekam kering dulu kemudian permukaan kulit yang dibekam dilukai dengan jarum yang disterilkan, kemudian disedut dengan menggunakan alat cupping set dan hand pump untuk mengeluarkan darah kotor melalui luka yang dibuat dengan jarum tadi. Biasanya dilakukan selama 3 hingga 5 minit dan tidak boleh lebih dari 9 minit. Penyedutan darah dapat dilakukan sebanyak maksima 7 kali dan tidak boleh lebih. Biasanya pada bahagian yang disedut akan mengeluarkan darah berwarna merah kehitaman dan berbuih.

Selepas berbekam, pada 1 jam yang pertama tidak boleh terkena air dan bekam cara ini juga tidak boleh kerap dilakukan dan diunjurkan jarak waktu selama 3 minggu sekali.

BEKAM API (FIRE CUPPING)

Kadang disebut sebagai Fire Cupping, seperti namanya bekam ini menggunakan medium api sebagai bahan untuk membuat ruangan hampa pada alat penyedut. Bekam ini dilakukan dengan gelas yang direkabentuk khusus untuk membuat ruang hampagas pada kawasan bekam. Udara di dalam gelas dibakar dengan menggunakan kertas atau kapas terbakar dan kemudian gelas akan ditempelkan ke permukaan kulit.

BEKAM LUNCUR (SLIDING CUPPING)

Bekam luncur adalah salah satu cara berbekam, ia itu gelas bekam diluncurkan di atas permukaan kulit yang rata (tidak tebal ototnya). Cara ini serupa dengan Guasha (China), scrapping (Inggeris) atau kerekkan (Indonesia), tetapi cara ini lebih baik kerana tidak merosakan kulit sebagaimana pengkerekan (menggunakan sudu atau duit siling) yang di gunakan untuk  mengerek tisu atau sel mati dari rongga tubuh badan.

BEKAM TARIK (FLASH CUPPING) ATAU BEKAM CEPAT

Bekam tarik adalah cara bekam yang dilakukan dengan cara menarik dan melepaskan secara cepat pada bahagian kulit yang sukar di bekam, atau apabila dibekam gelas cenderung untuk jatuh (tidak melekat) Kawasan ini biasanya dilakukan di sekitar muka dan dahi.

Jumpa lagi Insyaallah – Haji Saat Jais.

 

 

Soalan-Soalan Lazim Mengenai Berbekam

Adakah Kaedah Bekam Darah Menyakitkan?

Tidak, kerana cara bekam darah dilakukan menggunakan sejenis alat moden yang dipanggil PEN BEKAM. Tusukan yang dilakukan pada kulit tersangatlah pantas sehingga membuatkan anda tidak terasa yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda.

Adakah Selamat Melakukan Kaedah Bekam Darah?

Ya selamat, kerana kami menggunakan jarum pakai buang, iaitu setiap pelanggan akan diperuntukkan sebilah jarum baru. Semua alatan bekam kami akan dicuci menggunakan klorok dan sabun dettol sebaik sahaja selesai digunakan.

Apakah Waktu Yang Tepat Yang Mampu Memberikan Kesembuhan Maksimum Untuk Rawatan Bekam Darah?

Waktu yang tepat berbekam ialah 17, 19 dan 21hb. mengikut kalendar islam. Sebaik-baiknya sebelum datang berbekam hendaklah perut dalam keadaan kosong atau dua jam sebelum berbekam tidak mengambil apa-apa makanan dan minuman.

Siapakah Mereka Yang Dilarang Keras Berbekam Darah?

Mereka yang dilarang berbekam darah ialah mereka yang fizikalnya terlalu lemah. Seperti orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah yang serius, pengidap penyakit kulit yang serius, wanita hamil 3 bulan pertama dan wanita yang sedang datang haid.

Kaedah Bekam Manakah Yang Memberikan Kesembuhan Maksimum?

Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.

Kaedah Bekam Mana Pula Yang Mendapat Pahala Sunnah Bila Melakukannya?

Bekam sunnah/darah. Darah kotor akan disedut ke permukaan kulit.

Berapa Kerap Kita Perlu Mendapatkan Rawatan Bekam Darah?

Bagi orang sihat, anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sessi pertama rawatan berturut2.

Apakah Pantang Larang Selepas Berbekam?

Anda digalakan tidak boleh makan, mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam. Untuk 1 atau 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur dan cuba elakkan memakan makanan yg menyebabkan kegatalan seperti seafood, telur, ayam dan sebagainya serta meminum air batu untuk tempoh seminggu selepas menjalani rawatan bekam bagi mendapatkan kesan yg lebih baik/mujarab.

Apakah Tips Sebelum Datang Berbekam Darah?

Sebaik2nya berpuasa sehari sebelum temu janji bekam ataupun perut dalam keadaan kosong dua jam sebelum berbekam. Berbekam tidak boleh di dalam keadaan perut terlalu kenyang kerana dikhuatiri makanan yang baru diambil belum diproses sepenuhnya dan menyukarkan darah kotor untuk naik ke permukaan kulit. Biasanya sebelum proses rawatan, anda telah diingatkan supaya mengosongkan perut terlebih dahulu.

Berapa Lama Tempoh Masa Yang Diambil Untuk Rawatan Tersebut?

Biasanya untuk bekam sunnah di badan (11 cup) akan mengambil masa satu jam – sehingga satu jam setengah dan bergantung kepada permintaan pelanggan serta banyaknya darah kotor yang disedut keluar. Jika darah yang disedut keluar sedikit sahaja akan memudahkan pembekam dan mengambil masa sekejap sahaja.

Adakah Darah Akan Mengalir Lagi Setelah Proses Rawatan Selesai?

Tidak. Darah akan berhenti secara automatik setelah dua kali sedutan dan keluarnya cecair putih dari badan pesakit menandakan proses rawatan ini telah selesai walaupun darah kotor masih banyak. Sebab itulah pesakit digalakkan untuk datang lagi bagi sessi rawatan selanjutnya bagi membuang sisa-sisa darah kotor yang masih tertinggal dalam tempoh-tempoh tertentu bergantung kepada keadaan rawatan sebelumnya.

Apakah Tanda-Tanda Yang Dialami Oleh Pelanggan Selepas Rawatan Bekam Selesai?

Anda akan merasa sedikit kegatalan di tempat sedutan darah kotor tadi tetapi dalam tempoh yang singkat sahaja. Jangan digaru cuma gosok-gosok perlahan sahaja di tempat gatal itu. Bagi setengah orang akan merasa letih, lesu, sedikit demam bergantung kepada keadaan seseorang itu. Kesan-kesan ini akan hilang dalam masa yang singkat dan selepas itu badan akan terasa lebih ringan dan selesa.

Berapa Lama Tanda-Tanda Lebam Di Badan Akan Hilang?

Bagi rawatan bekam sunnah/darah akan mengambil masa seminggu atau lebih awal daripada itu bergantung kepada keadaan seseorang. Bagi bekam angin (dry cupping) akan mengambil masa yang lebih lama daripada itu.

Bagaimana Pula Dengan Rawatan Resdung? Adakah Muka Akan Menjadi Lebam Kesan Sedutan Tersebut?

Tidak. Dengan syarat anda membuat rawatan asas di badan bagi membuang darah kotor terlebih dahulu. Selepas itu barulah rawatan resdung akan dibuat. Untuk rawatan ini, jarum akan dilaraskan ke tahap sederhana kerana kulit muka agak berbeza dengan kulit badan. Anda disarankan supaya tidak menjarakkan rawatan pertama dan kedua terlalu jauh bagi mendapatkan kesan yg lebih baik.

 

Jumpa Lagi. Insyaalah……Haji Saat Jais

Bahaya Penggunaan Silet (Pisau Cukur) Sebagai Alat Torehan (Sayatan).

Kesan negative dalam menggunakan Silet (pisau Cukur) untuk torehan termasuk High Risk, kerana boleh menyebabkan karsinogen atau bahan yang boleh menyebabkan kanser.  Kesan karsinogen tidak akan Nampak atau di rasakan, pada waktu yang singkat. Sehari, Seminggu atau sebulan ataupun mungkin setahun atau boleh mencecah beberapa tahun  sehingga terjadinya Kanser.

Inilah Perbezaan Ketara Di Antara Silet (Pisau Cukur) Dan Pisau Bedah.

Gambar: Dengan menggunakan Surgical Blade (Pisau Bedah.)

Perbezaan Di Antara Silet (Pisau Cukur) Dan Pisau Bedah (Surgical Blade)
Silet (Pisau Cukur) Pisau Bedah (Surgical Blade)
1.    Mengandungi Zat Pewarna Tembaga. 1.Bebas Daripada Zat tersebut.
2.    Mengandungi Zat Anti Karat 2.Bebas Daripada Zat Tersebut.
3.    Mengandungi semua unsur dalam logam, seperti Ni, Al, Cr, Fe . 3.Bebas daropada Zat tersebut.
4.    Gabungan kedua-dua zat ini boleh menyebabkan karsinogen yang tersebar di seluruh jaringan tubuh pada kemudian hari kerana kandungan  dan zat-zat ini bersentuhan dengan pembuluh Darah. 4.Bebas daripada kandungan  zat-zat tersebut, maka tidak akan mendatangkan kesan karsinogen.
5.    Lazim kegunaannya untuk mencukur rambut, janggut atau bulu . Bukan untuk menoreh kulit. 5.Menurut standard yang digunakan oleh pakar-pakar perubatan dan Doktor bedah.
6.    Tidak steril 6.Disteril dari Kilang.
7.    Tidak mempunyai tarikh lupus. 7. Mempunyai tarikh lupus 3 atau lima tahun.
8.    Pengamal dianggap sebagai pengamal murahan dan tidak ilmiah. 8.Pengamalnya dapat dianggap sebagai pakar yang berkualiti dan sangat saesuai dengan standard perubatan.
9.    Boleh mendapat cemuhan, terutama dari kalangan pengamal perubatan moden. Juga dapat merosakkan imej Perubatan Bekam. 9.Meningkatkan Imej Pengamal Bekam dan Imej Islam juga.

Penggunaan Silet sebagai alat torehan bekam melibatkan tiga pehak. Pesakit Yang dibekam, Imej Bekam dan Pengamal Bekam itu sendiri. Pembekam  yang menggunakan silet sebagai alat torehan perlu bertanggung jawab sama ada di Dunia ataupun di akhirat.  Samaada torehannya terlalu dalam atau jika kemudian hari persakit terkena kanser yang di sebabkan sentuhan  antara silet yang tidak steril dengan pembuluh darah.

Perlu di ingat torehan bekam perlu dilakukan setipis mungkin.. Secara kasar apabila darah keluar dengan cara merembes namun tidak sampai mengalir (kecuali kerana darah memang cair kerana adanya sebab-sebab tertentu).  Torehan bekam  hanyalah terhad pada pembuluh darah yang paling luar yang dekat dengan permukaan kulit ia itu ,mengenai      pembuluh darah kapilari pada lapisan epidemis (kulit yang paling luar), agar darah yang  dikeluarkan benar-benar darah kotor..

Jika torehan terlalu dalam, maka darah yang keluar lebih banyak ialah darah segar atau bersih dan yang pasti mengakibat parut (scar) atau luka tetap pada kulit yang tidak akan hilang disepanjang hayat.

Standard torehan dengan menggunakan pisau bedah steril dan dengan teknik yang kusus semasa membuat torehan (sayatan) dan kaedah penutupan luka. Setelah 2 minggu Insyaalah bekas torehan tidak akan Nampak.

Haji Saat Jais – Jumpa lagi Insyaallah……

Berbekam Sebulan Sekali Boleh Meningkatkan Kesuburan!

sperm

Sukar mendapat zuriat atau anak? Amalkan berbekam anda dan isteri ,  sebulan sekali sebanyak 3 kali (sesi) dan mengamalkan minum madu asli setiap hari sekurang-kurangnya Bekam1selama 3 bulan, insyaAllah tahap kesuburan akan meningkat dan peluang kebarangkalian untuk mendapat zuriat juga adalah tinggi.

Sebagai tambahan digalakkan juga memakan kurma, kismis dan minum susu segar. Dan sentiasa berdoa, Insyaallah kesuburan akan meningkat dan anda akan mendapat zuriat dengan Izin Allah.

Sabda RASULULLAH SAW:

“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Haji Saat Jais –  Jumpa Lagi Insyaallah..

Selamat Datang Ke Bekam4ublog.WordPress.com

KEUTAMAAN BERBEKAM.

Di dalam agama Islam, amalan berbekam adalah merupakan sunnah para rasul, sebagaimana yang tertera di dalam hadis yang bermaksud :

“ Lima hal termasuk sunnah para rasul, iaitu malu, pemaaf, bekam, siwak dan memakai wangian.” ( Hadis riwayat Thobrani dan Ibnu Jarir, dan hadis ini memiliki riwayat pendukung yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas)

Berbekam adalah merupakan amalan yang sangat-sangat diutamakan oleh Rasulullah s.a.w ketika hendak merawat penyakit, mahu pun untuk mengelakkan penyakit. Bahkan baginda juga sangat-sangat menggalakkan para sahabatnya melakukan amalan berbekam ini. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyangkuti saranan berbekam ini. Di antaranya ialah seruan penghuni langit, iaitu para malaikat, ketika berlakunya peristiwa israk dan mikraj :

Dalam riwayat Tirmizi  dari Ibnu Mas’ud dan riwayat Baihaqi :

“ Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun  pada malam ketika aku diisrakkan, kecuali mereka berkata, ‘Wahai Muhammad, perintahlah umatmu agar berbekam! ’” (Sohihul Jami’ : 5671)

Dari Ibnu ‘Abbas r.a :

“ Tidaklah aku berlalu di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisrakkan, kecuali masing-masing dari mereka pasti mengatakan kepadaku, ‘Muhammad, hendaklah kamu berbekam! ”(Sohihul Jami’ : 5672, Al-Misykat : 4554).

Bayangkanlah, ketika di malam peristiwa yang amat bersejarah itu, ketika Rasulullah s.a.w di dalam perjalanan menemui Allah s.w.t, dan malam di mana perintah mengerjakan solat secara rasminya disyariatkan kepada umat Islam, para malaikat pula menyeru agar nabi Muhammad s.a.w dan umatnya berbekam. Ini menunjukkan betapa amalan berbekam bukanlah sesuatu yang harus diremehkan

Nama yang ada dalam laman sesawang ini adalah mereka yang mahir dan juga sudah mengambil Kursus Bekam (Al-Hijamah) dengan Sempurna.

Pembekam Dari Kaum Adam (Lelaki)

Nama Tel
Haji Saat Jais 9781 1070
Haji Abdul  Aziz Nk 8821 9115
Haji Sufian Sabari 9727 6661
Haji Bakri 9616 3176
Haji Omar 96203131
Haji Yusuf 9677 3645
Tuan Ishaark 8111 9647
Tuan Juhari 90102556
Tuan Sufian Sharul 8589 6257
Tuan Yusof Al-Yishuni 97575687
Dr Rashidin 8204 8951
Tuan Azizi Abd Hadi (Melaka) +60172961196
Pak Amin (Brunei) +673 823 1122

Pembekam Dari Kaum Hawa ( Wanita)

Nama Tel
Puan Shalina 9359 2137
Puan Rose Fatimah 9061 4150
Puan Minah 9668 3184
Puan Ina 94667439

 

Insyaallah Jumpa Lagi – Haji Saat Jais.