Soalan-Soalan Lazim Mengenai Berbekam

Adakah Kaedah Bekam Darah Menyakitkan?

Tidak, kerana cara bekam darah dilakukan menggunakan sejenis alat moden yang dipanggil PEN BEKAM. Tusukan yang dilakukan pada kulit tersangatlah pantas sehingga membuatkan anda tidak terasa yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda.

Adakah Selamat Melakukan Kaedah Bekam Darah?

Ya selamat, kerana kami menggunakan jarum pakai buang, iaitu setiap pelanggan akan diperuntukkan sebilah jarum baru. Semua alatan bekam kami akan dicuci menggunakan klorok dan sabun dettol sebaik sahaja selesai digunakan.

Apakah Waktu Yang Tepat Yang Mampu Memberikan Kesembuhan Maksimum Untuk Rawatan Bekam Darah?

Waktu yang tepat berbekam ialah 17, 19 dan 21hb. mengikut kalendar islam. Sebaik-baiknya sebelum datang berbekam hendaklah perut dalam keadaan kosong atau dua jam sebelum berbekam tidak mengambil apa-apa makanan dan minuman.

Siapakah Mereka Yang Dilarang Keras Berbekam Darah?

Mereka yang dilarang berbekam darah ialah mereka yang fizikalnya terlalu lemah. Seperti orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah yang serius, pengidap penyakit kulit yang serius, wanita hamil 3 bulan pertama dan wanita yang sedang datang haid.

Kaedah Bekam Manakah Yang Memberikan Kesembuhan Maksimum?

Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.

Kaedah Bekam Mana Pula Yang Mendapat Pahala Sunnah Bila Melakukannya?

Bekam sunnah/darah. Darah kotor akan disedut ke permukaan kulit.

Berapa Kerap Kita Perlu Mendapatkan Rawatan Bekam Darah?

Bagi orang sihat, anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sessi pertama rawatan berturut2.

Apakah Pantang Larang Selepas Berbekam?

Anda digalakan tidak boleh makan, mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam. Untuk 1 atau 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur dan cuba elakkan memakan makanan yg menyebabkan kegatalan seperti seafood, telur, ayam dan sebagainya serta meminum air batu untuk tempoh seminggu selepas menjalani rawatan bekam bagi mendapatkan kesan yg lebih baik/mujarab.

Apakah Tips Sebelum Datang Berbekam Darah?

Sebaik2nya berpuasa sehari sebelum temu janji bekam ataupun perut dalam keadaan kosong dua jam sebelum berbekam. Berbekam tidak boleh di dalam keadaan perut terlalu kenyang kerana dikhuatiri makanan yang baru diambil belum diproses sepenuhnya dan menyukarkan darah kotor untuk naik ke permukaan kulit. Biasanya sebelum proses rawatan, anda telah diingatkan supaya mengosongkan perut terlebih dahulu.

Berapa Lama Tempoh Masa Yang Diambil Untuk Rawatan Tersebut?

Biasanya untuk bekam sunnah di badan (11 cup) akan mengambil masa satu jam – sehingga satu jam setengah dan bergantung kepada permintaan pelanggan serta banyaknya darah kotor yang disedut keluar. Jika darah yang disedut keluar sedikit sahaja akan memudahkan pembekam dan mengambil masa sekejap sahaja.

Adakah Darah Akan Mengalir Lagi Setelah Proses Rawatan Selesai?

Tidak. Darah akan berhenti secara automatik setelah dua kali sedutan dan keluarnya cecair putih dari badan pesakit menandakan proses rawatan ini telah selesai walaupun darah kotor masih banyak. Sebab itulah pesakit digalakkan untuk datang lagi bagi sessi rawatan selanjutnya bagi membuang sisa-sisa darah kotor yang masih tertinggal dalam tempoh-tempoh tertentu bergantung kepada keadaan rawatan sebelumnya.

Apakah Tanda-Tanda Yang Dialami Oleh Pelanggan Selepas Rawatan Bekam Selesai?

Anda akan merasa sedikit kegatalan di tempat sedutan darah kotor tadi tetapi dalam tempoh yang singkat sahaja. Jangan digaru cuma gosok-gosok perlahan sahaja di tempat gatal itu. Bagi setengah orang akan merasa letih, lesu, sedikit demam bergantung kepada keadaan seseorang itu. Kesan-kesan ini akan hilang dalam masa yang singkat dan selepas itu badan akan terasa lebih ringan dan selesa.

Berapa Lama Tanda-Tanda Lebam Di Badan Akan Hilang?

Bagi rawatan bekam sunnah/darah akan mengambil masa seminggu atau lebih awal daripada itu bergantung kepada keadaan seseorang. Bagi bekam angin (dry cupping) akan mengambil masa yang lebih lama daripada itu.

Bagaimana Pula Dengan Rawatan Resdung? Adakah Muka Akan Menjadi Lebam Kesan Sedutan Tersebut?

Tidak. Dengan syarat anda membuat rawatan asas di badan bagi membuang darah kotor terlebih dahulu. Selepas itu barulah rawatan resdung akan dibuat. Untuk rawatan ini, jarum akan dilaraskan ke tahap sederhana kerana kulit muka agak berbeza dengan kulit badan. Anda disarankan supaya tidak menjarakkan rawatan pertama dan kedua terlalu jauh bagi mendapatkan kesan yg lebih baik.

 

Jumpa Lagi. Insyaalah……Haji Saat Jais

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s