Bahaya Penggunaan Silet (Pisau Cukur) Sebagai Alat Torehan (Sayatan).

Kesan negative dalam menggunakan Silet (pisau Cukur) untuk torehan termasuk High Risk, kerana boleh menyebabkan karsinogen atau bahan yang boleh menyebabkan kanser.  Kesan karsinogen tidak akan Nampak atau di rasakan, pada waktu yang singkat. Sehari, Seminggu atau sebulan ataupun mungkin setahun atau boleh mencecah beberapa tahun  sehingga terjadinya Kanser.

Inilah Perbezaan Ketara Di Antara Silet (Pisau Cukur) Dan Pisau Bedah.

Gambar: Dengan menggunakan Surgical Blade (Pisau Bedah.)

Perbezaan Di Antara Silet (Pisau Cukur) Dan Pisau Bedah (Surgical Blade)
Silet (Pisau Cukur) Pisau Bedah (Surgical Blade)
1.    Mengandungi Zat Pewarna Tembaga. 1.Bebas Daripada Zat tersebut.
2.    Mengandungi Zat Anti Karat 2.Bebas Daripada Zat Tersebut.
3.    Mengandungi semua unsur dalam logam, seperti Ni, Al, Cr, Fe . 3.Bebas daropada Zat tersebut.
4.    Gabungan kedua-dua zat ini boleh menyebabkan karsinogen yang tersebar di seluruh jaringan tubuh pada kemudian hari kerana kandungan  dan zat-zat ini bersentuhan dengan pembuluh Darah. 4.Bebas daripada kandungan  zat-zat tersebut, maka tidak akan mendatangkan kesan karsinogen.
5.    Lazim kegunaannya untuk mencukur rambut, janggut atau bulu . Bukan untuk menoreh kulit. 5.Menurut standard yang digunakan oleh pakar-pakar perubatan dan Doktor bedah.
6.    Tidak steril 6.Disteril dari Kilang.
7.    Tidak mempunyai tarikh lupus. 7. Mempunyai tarikh lupus 3 atau lima tahun.
8.    Pengamal dianggap sebagai pengamal murahan dan tidak ilmiah. 8.Pengamalnya dapat dianggap sebagai pakar yang berkualiti dan sangat saesuai dengan standard perubatan.
9.    Boleh mendapat cemuhan, terutama dari kalangan pengamal perubatan moden. Juga dapat merosakkan imej Perubatan Bekam. 9.Meningkatkan Imej Pengamal Bekam dan Imej Islam juga.

Penggunaan Silet sebagai alat torehan bekam melibatkan tiga pehak. Pesakit Yang dibekam, Imej Bekam dan Pengamal Bekam itu sendiri. Pembekam  yang menggunakan silet sebagai alat torehan perlu bertanggung jawab sama ada di Dunia ataupun di akhirat.  Samaada torehannya terlalu dalam atau jika kemudian hari persakit terkena kanser yang di sebabkan sentuhan  antara silet yang tidak steril dengan pembuluh darah.

Perlu di ingat torehan bekam perlu dilakukan setipis mungkin.. Secara kasar apabila darah keluar dengan cara merembes namun tidak sampai mengalir (kecuali kerana darah memang cair kerana adanya sebab-sebab tertentu).  Torehan bekam  hanyalah terhad pada pembuluh darah yang paling luar yang dekat dengan permukaan kulit ia itu ,mengenai      pembuluh darah kapilari pada lapisan epidemis (kulit yang paling luar), agar darah yang  dikeluarkan benar-benar darah kotor..

Jika torehan terlalu dalam, maka darah yang keluar lebih banyak ialah darah segar atau bersih dan yang pasti mengakibat parut (scar) atau luka tetap pada kulit yang tidak akan hilang disepanjang hayat.

Standard torehan dengan menggunakan pisau bedah steril dan dengan teknik yang kusus semasa membuat torehan (sayatan) dan kaedah penutupan luka. Setelah 2 minggu Insyaalah bekas torehan tidak akan Nampak.

Haji Saat Jais – Jumpa lagi Insyaallah……

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s