Selamat Datang Ke Bekam4ublog.WordPress.com

KEUTAMAAN BERBEKAM.

Di dalam agama Islam, amalan berbekam adalah merupakan sunnah para rasul, sebagaimana yang tertera di dalam hadis yang bermaksud :

“ Lima hal termasuk sunnah para rasul, iaitu malu, pemaaf, bekam, siwak dan memakai wangian.” ( Hadis riwayat Thobrani dan Ibnu Jarir, dan hadis ini memiliki riwayat pendukung yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas)

Berbekam adalah merupakan amalan yang sangat-sangat diutamakan oleh Rasulullah s.a.w ketika hendak merawat penyakit, mahu pun untuk mengelakkan penyakit. Bahkan baginda juga sangat-sangat menggalakkan para sahabatnya melakukan amalan berbekam ini. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyangkuti saranan berbekam ini. Di antaranya ialah seruan penghuni langit, iaitu para malaikat, ketika berlakunya peristiwa israk dan mikraj :

Dalam riwayat Tirmizi  dari Ibnu Mas’ud dan riwayat Baihaqi :

“ Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun  pada malam ketika aku diisrakkan, kecuali mereka berkata, ‘Wahai Muhammad, perintahlah umatmu agar berbekam! ’” (Sohihul Jami’ : 5671)

Dari Ibnu ‘Abbas r.a :

“ Tidaklah aku berlalu di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisrakkan, kecuali masing-masing dari mereka pasti mengatakan kepadaku, ‘Muhammad, hendaklah kamu berbekam! ”(Sohihul Jami’ : 5672, Al-Misykat : 4554).

Bayangkanlah, ketika di malam peristiwa yang amat bersejarah itu, ketika Rasulullah s.a.w di dalam perjalanan menemui Allah s.w.t, dan malam di mana perintah mengerjakan solat secara rasminya disyariatkan kepada umat Islam, para malaikat pula menyeru agar nabi Muhammad s.a.w dan umatnya berbekam. Ini menunjukkan betapa amalan berbekam bukanlah sesuatu yang harus diremehkan

Nama yang ada dalam laman sesawang ini adalah mereka yang mahir dan juga sudah mengambil Kursus Bekam (Al-Hijamah) dengan Sempurna.

Pembekam Dari Kaum Adam (Lelaki)

Nama Tel
Haji Saat Jais 9781 1070
Haji Abdul  Aziz Nk 9321 7478
Haji Sufian Sabari 9727 6661
Haji Bakri 9616 3176
Haji Omar 96203131
Haji Yusuf 9677 3645
Tuan Ishaark 8111 9647
Tuan Juhari 90102556
Tuan Sufian Sharul 8589 6257
Tuan Yusof Al-Yishuni 97575687
Dr Rashidin 8204 8951
Tuan Azizi Abd Hadi (Melaka) +60172961196
Pak Amin (Brunei) +673 823 1122

Pembekam Dari Kaum Hawa ( Wanita)

Nama Tel
Puan Shalina 9359 2137
Puan Rose Fatimah 9061 4150
Puan Minah 9668 3184

 

Insyaallah Jumpa Lagi – Haji Saat Jais.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s